Cybersecurity – Bagaimana Akaun Media Sosial Anda Boleh Digodam
24 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2026, telah berlangsung webinar Cybersecurity yang bertajuk “Bagaimana Akaun Media Sosial Anda Boleh Digodam”. Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman keselamatan siber. Dalam sesi ini, peserta didedahkan dengan pelbagai teknik yang sering digunakan oleh penggodam seperti phishing, penggunaan kata laluan lemah, serta pautan yang mencurigakan. Selain itu, langkah-langkah pencegahan turut dikongsikan termasuk penggunaan pengesahan dua faktor (2FA) dan kepentingan tidak berkongsi maklumat peribadi secara terbuka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: